SALES & OPERATIONS DEPARTMENT

Untuk sebarang maklumat lanjut sila hubungi saya di talian:

Tel- 04 720 2901
Fax- 04-720 2073

Sunday, March 29, 2009

60 EARTH HOUR DI MENARA ALOR SETAR

Apa itu Earth Hour?

Earth Hour bermula di Sydney, Australia pada 2007, di mana lebih 2.2 juta kediaman dan syarikat memadamkan lampu mereka selama sejam. Kemudian pada tahun 2008, kempen ini telah menarik minat kira-kira 10 juta orang seluruh dunia untuk memadamkan lampu mereka selama sejam.

Untuk 2009, dianggarkan lebih 1000 bandaraya di seluruh dunia akan menyertai dan menyokong kempen ini. Lebih daripada 10 negara Asia telah menyatakan komitmen terhadap inisiatif ini, termasuk China, Indonesia, Singapura, Filipina dan Malaysia. Ini juga merupakan tahun yang pertama Malaysia menyertai acara ini, dengan kerjasama daripada World Wildlife Fund (WWF) dan Institute of Corporate Responsibility of Malaysia (ICR). Pada tahun ini, Malaysia akan memadamkan lampu selama sejam pada 28 Mac 2009, pada jam 8.30 malam hingga 9.30 malam.

No comments:

Post a Comment