SALES & OPERATIONS DEPARTMENT

Untuk sebarang maklumat lanjut sila hubungi saya di talian:

Tel- 04 720 2901
Fax- 04-720 2073

Friday, May 8, 2009

Datuk Wira Rasli Basir dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah yang baru

ALOR SETAR 6 Mei - Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Wira Rasli Basir dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah yang baru mulai hari ini bagi menggantikan Datuk Wira Syed Unan Mashri Syed Abdullah yang bersara.
Kekosongan jawatan Pegawai Kewangan Negeri pula diisi oleh Ketua Pengawai Eksekutif Kedah Investment Centre (KIC), Datuk Mohd. Puat Mohd. Ali.
Watikah pelantikan Rasli dan Mohd. Puat ke jawatan masing-masing disempurnakan oleh Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di Balai Penghadapan, Istana Anak Bukit di sini hari ini.
Rasli, 56, sebelum ini pernah memegang jawatan-jawatan penting dalam pentadbiran negeri termasuk Pentadbir Tanah di Daerah Kecil Pokok Sena dan Kulim serta menjadi Timbalan Yang Dipertua (YDP) Majlis Perbandaran Langkawi.
Beliau juga pernah menyandang jawatan YDP Majlis Perbandaran Kulim, YDP Majlis Perbandaran Langkawi, Pegawai Daerah Bandar Baharu, Langkawi dan Kota Setar serta Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah.
Dalam pada itu, Mohd. Puat yang dilahirkan di Yan pula pernah memegang jawatan Timbalan Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN); Timbalan Pengurus Besar Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA); YDP Majlis Perbandaran Sungai Petani dan Pegawai Daerah Langkawi.

Sumber: Utusan Online

No comments:

Post a Comment