SALES & OPERATIONS DEPARTMENT

Untuk sebarang maklumat lanjut sila hubungi saya di talian:

Tel- 04 720 2901
Fax- 04-720 2073

Saturday, May 9, 2009

Hari Ibu Dari Sudut Pandangan Islam

Apabila dikaji di dalam al-Quran, terdapat empat jenis ketaatan yang wajib dujunjung dan dilaksanakan oleh setiap Muslim. Keempat-empat jenis ketaatan tersebut terungkap dalam firman Allah taala dalam surah al-Nisa’, ayat 59 yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada Ulil Amri (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Dalam ayat yang lain, Allah juga berfirman maksudnya: Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain daripadaNya dan kepada kedua ibu bapa hendaklah kamu berbuat baik. (Surah al-Isra’, ayat 23)

Berdasarkan ayat di atas, terdapat empat jenis ketaatan yang wajib dilaksanakan oleh setiap Muslim iaitu ketaatan kepada Allah, ketaatan kepada Rasulullah SAW, ketaatan kepada kedua ibu bapa dan ketaatan kepada pemimpin Islam.

Jadi disini saya akan menghuraukan jenis ketaatan yang ke-3 iaitu ketaatan kepada kedua ibu bapa. Dalam Islam, taat kepada kedua ibu bapa menduduki tempat kedua selepas taat kepada Allah dalam perkara ketaatan. Jika ditinjau di dalam al-Quran, perkara taat kepada ibu bapa diulang-ulang sebanyak empat kali menunjukkan betapa tingginya kedudukan ketaatan kepada ibu bapa di sisi Allah taala. Setiap Muslim diwajibkan taat kepada ibu bapa kerana merekalah yang telah melahirkan kita untuk mengharungi perjalanan hidup dan juga kerana mereka telah bersusah payah membesarkan kita dan seterusnya mendidik kita dengan penuh kasih sayang agar kita menjadi insan yang berguna dan juga bertakwa kepada Allah taala.
Melihatkan kepada jasa ibu bapa yang tidak terhitung itu, maka sewajibnya seorang anak itu patuh dan taat kepada kedua ibu bapa kerana sampai bila-bila pun jasa ibu bapanya tidak akan berbalas biarpun jutaan ringgit dibelanjakan, biarpun harta berlonggok umpama gunung Everest sekalipun tidak akan dapat menandingi kehebatan jasa ibu bapa. Demikianlah Allah taala memuliakan ibu bapa sehingga menduduki tempat kedua selepas taat kepada Allah taala.

Taat kepada ibu bapa tidak cukup sekadar kita melafazkan ucapan terima kasih semata-mata, malah lebih dari itu. Setiap anak diwajibkan berbuat baik kepada keduanya dengan rela hati sebagaimana mereka berdua berbuat baik kepada kita semasa kita kecil dahulu. Apabila seorang anak menjadi dewasa, maka tanggungjawab beralih kepada anak pula untuk menjaga dan memelihara ibu bapanya dengan perhatian, kasih sayang, perlindungan, kebahagiaan dan sebagainya. Maka tidak hairanlah Rasulullah SAW ada bersabda yang bermaksud: Keredaan Allah terletak pada keredaan kedua ibu bapanya. Begitu juga kemurkaan Allah bergantung kepada kemurkaan ibu bapanya. ( Hadis riwayat Hakim)
Sumber di petik dari: Penulisan Dr. Engku Ahmad Zaki

No comments:

Post a Comment