SALES & OPERATIONS DEPARTMENT

Untuk sebarang maklumat lanjut sila hubungi saya di talian:

Tel- 04 720 2901
Fax- 04-720 2073
Showing posts with label Tower Beach Soccer. Show all posts
Showing posts with label Tower Beach Soccer. Show all posts

Sunday, March 29, 2009

Tower Beach Soccer D' Langkawi Team MKL dibantu oleh MAS

2 dari hadapan adalah pemain import dari Menara Alor Setar yang menjaringkan gol sebanyak 6 biji iaitu Awie dan Hafis. Manakala Aizat yang memakai jersi merah adalah penjaga gol terhandal di abad ini....Tahniah kepada mereka kerana tidak dapat masuk ke final...hehehehehe

Tower Beach Soccer D' Langkawi Bergaya Habis

9 kakitangan dan sukarelawan Menara Alor Setar bersama seorang gadis molek dari Muzium Telekom bercanda di pantai. Mengapakah tiba-tiba ada seorang gadis molek Muzium disitu???? Awie saja yang boleh jawab.

Tower Beach Soccer D' Langkawi

Aksi ini dirakamkan pada 22.03.2009 jam 6.30pm. Kita dapat lihat keriangan di raut wajah mereka dan ada juga yang nampak macan tension jer....nak tau kenapa? Inilah masa yang ada untuk mereka mandi di laut walaupun 4 hari mereka berada di sana. Hari ini adalah hari penutup Tower Beach Soccer D' Langkawi. Selalunya Si Baju Hitam (Zaini) yang berdiri tu rambutnya sentiasa tercacak....bila tak tercacak nampak macam budak baik la pulak.....

Booth Menara Alor Setar Sempena Tower Beach Soccer

Tanggal 20 Mac 2009 sehingga 22 Mac 2009 merupakan hari yang cukup bermakna buat kami di Pantai Cenang Langkawi. Hasil jualan boleh dibanggakan tetapi apa yang paling bermakna sekali sewaktu tiga (3) property bergabung berganding bahu, maka di situlah mulanya episod keakraban antara kakitangan Menara Alor Setar bersama dengan MKL dan Muzium Telekom. Dalam pada itu juga, pihak Menara Alor Setar amat terharu dengan komitmen dan sokongan yang diberikan oleh Awe Cafe, Halim, Hafis, Man, Bob, Awang 1 dan Awang 2 dan Syed yang sebenarnya bukan kakitangan Menara Alor Setar tetapi sanggup berpanas bersama dalam menjayakan Tower Beach Soccer di Langkawi. Terima kasih diucapkan.