SALES & OPERATIONS DEPARTMENT

Untuk sebarang maklumat lanjut sila hubungi saya di talian:

Tel- 04 720 2901
Fax- 04-720 2073

Monday, April 6, 2009

APA KAITAN MENARA KUALA LUMPUR, MENARA ALOR SETAR DAN MUZIUM TELEKOM MENGADAKAN TOWER BEACH SOCCER DI LANGKAWI???

Kalau dilihat dari segi logik, mengapa Menara Kuala Lumpur perlu adakan Tower Beach Soccer di Langkawi???

Perancangan awal telah dibuat berdasarkan kajian demi kajian yang menunjukkan kemasukan pelancong asing ke Langkawi berdasarkan beberapa sumber iaitu dari sumber Tourism Malaysia Kedah, LADA dan Jabatan Imigresen Langkawi. Keseluruhannya menunjukan jumlah kemasukan pelancong asing ke Langkawi seramai hampir 3 juta orang setahun. Oleh yang demikian, Menara Alor Setar yang mewakili Menara Kuala Lumpur mengambil kesempatan ini untuk membawa pelancong asing yang berada di Langkawi ke Tanah Besar Kedah dengan cara menyediakan sebuah pakej yang dinamakan "Langkawi - Alor Setar Tower Royal Heritage Trail". Pakej ini dicipta khusus untuk pelancong asing yang berada di Langkawi untuk dibawa ke Tanah Besar Kedah bagi tujuan mempromosikan Warisan Kesultanan Kedah dan tempat-tempat menarik di Kedah.

Sewaktu Tower Beach Soccer berlansung di Langkawi, pihak Menara Kuala Lumpur dan Menara Alor Setar mengambil kesempatan tersebut bagi mempromosikan pakej tersebut. Dari maklum balas yang diterima, ianya amat positif kerana pelancong asing yang melancong ke Langkawi kebanyakannya tinggal di Langkawi lebih dari 3 minggu. Jadi permintaan untuk melihat tempat-tempat bersejarah di Alor Setar terutamanya amat tinggi tetapi tiada mana-mana operator pelancongan yang menyediakan pakej tersebut. Oleh yang demikian, pihak Menara Alor Setar yang mewakili Menara Kuala Lumpur mengambil peluang keemasan ini bagi memulakan pakej ini.

No comments:

Post a Comment